F.R.I.E.N.D.S

Saturday, August 13, 2011

jangan lupa namaku!



  salam fellas!!
haaa.. sempena ramadhan ni kan..
sape layan yang xlayan cite ramadhan terakhir angkat kaki cepat!!!
yes.. aku pun layan gak.. best kan?? kan??
ok.. memula.. layan2 camtu je..
pastu bile dah 2 3 kali tengok.. kemaruk dok depan tv.. 
siyes..aku sejak dari kecik lagi memang jarang tengok drama bersiri..
alasan.. malas nak tunggu hari2 mendatang dengan harapan-harapan dan spesikulasi tersendiri.. aha..
so.. time cuti, al-maklum lah.. tv depan mata.. layan je laa dari xbuat ape2 kan?? :)

 isnin ~ khamis..
pukul 10.30 malam..
di..
tv3.. 


 tengok jangan xtengok!!

jalan cerita ramadhan terakhir nice laa..

cite tentang kelalaian dengan nkmat kekayaan tanpa diselitkan dengan kehidupan agama..
bila ujian datang menimpa..
bila hidayah membuka mata..
si ayah cuba sedaya- upaya..
mengheret isteri yang lalai dengan keseronokan dunia ke alam yang diredhainya..
menginsafi dosa2 nan silam..
pelbagai dugaan dan cabaran..
persoalan demi persoalan..
so..

jangan ketinggalan! :)



dan

ost yang mengiringi cerita nie..

memang buat aku tacing...
best woo..
ce tengok betul2..

Lirik Lagu Jangan Lupa Namaku - Pompa Bensin


Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku men’cintaimu

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana
Aku merindui mu
Hmmm Kerana aku sentiasa menyintaimu

-------------------------------------------------------------------------

copy here

--------------------------------------------------------------------------------------------------



sweet kan???
aha..
aku suke part nie..

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati
cam comel je..
bukan macam.. tapi memang comel.. aha


penat dok godek kat 4shared tadi cari yang full version..
alih2..
memang xkan ade ah..
saba je laa..
aha..

nah! nie yang xbape nk full..  tapi ok laa..boleyh sedut sini...
4shared


dan..
last but not least..
lagu ni saya tujukan untuk awak yang comel itu!!

jangan lupa namaku yah!!

Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku men’cintaimu

 heee..

off!!
salam alaik!!!





Thursday, August 11, 2011

quote!!


untuk *awak* yang mahu berubah,
berubahlah walaupun payah..
berubahlah ke arah hidup yang lebih indah
hidup dan masa muda hanya sekali cuma..
sanggup nak sia-siakan tanpa redha-NYA?
-hlovate-







**siyes.. terkelu.. terkedu..
yes.. i noe.. its hard.. 
but..
shall we??
try together..
to ger HIS love??

Sunday, August 7, 2011

tenanglah hati


nah! before sleep~
 musahabah diri sikit! ;)



Setiap hari kita ketawa.
Setiap hari kita jumpa kawan.
Setiap hari kita dapat apa yang kita inginkan.
Tetapi... kenapa hati kita tak gembira?
Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tetapi... kenapa susah sangat doa kita nak makbul? 

Sedangkan Allah ada berfirman, 
"Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan..."

Apa masalah kita?

Hati kita tidak gembira sebab kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. 

Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat di sekeliling kita.

Kita berdoa, tetapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tetapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita.

Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tetapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tidak bersyukur pada Allah. Apabila datang kesusahan, baru ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih... mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?
Cuba kita renung diri kita
 Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? 

Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la...
Pernah kita bangun malam, solat sunat? Solat tahajud? Solat taubat? Pernah?


Ada, mungkin ada, tapi dulu... waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kena ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu... ada? Ada, time dah nak exam... waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm... entah la, tak ingat pulak.
Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tetapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan itu?
Hati kita tetap juga tak tenang.

Kenapa ye?

Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas.


Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang?
Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan itu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita...
sedangkan Allah menciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni.
Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehingga semua makhluk sujud pada bapa kita, 

Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah.
Betapa Allah muliakan kejadian manusia.
Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada.

Nabi Muhammad S.A.W, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita...? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas Baginda.
Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkanlah diri kita pada Allah.  
Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita
Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlaskanlah hati dalam setiap perkara yang kita buat.
Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya-Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul Iman itu sendiri. 

Tenanglah dikau, wahai hati...

 tenanglah..
kerna allah sentiasa ada disisi..:)

pesanan untuk tuan punyer diri dan juga anda yang setia!


salam ukhwah..




kamu negatif jika kamu...

he peeps!!!
salam ramadhan dari yien..
entry ringkas dari yienyien!
check out this.. 

Jika dalam diri anda mempunyai sifat ini, kamu adalah seorang yang berfikiran negatif!!

1.Takut untuk berhadapan dengan risiko dan cabaran.

2.Sentiasa duduk di jalan yang selamat dan tidak pernah cuba untuk mengubah diri.

3.Sentiasa berprasangka buruk pada orang lain biarpun orang itu sebenarnya mahu membantu.

4.Tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki.

5.Sentiasa menyalahkan diri setiap kali gagal menyempurnakan sesuatu kerja.

6.Setiap kali kamu berselisih faham dengan seseorang kamu tidak pernah mencuba untuk memperbaiki keadaan malah semakin mengeruhkan keadaan dan sentiasa berfikiran tidak baik terhadap orang tersebut sekalipun dia mahu berbaik dengan kamu semula.

7.Suka mencari kesilapan orang setiap kali kamu bekerjasama dalam sesuatu komuniti.

8.Lebih suka bergantung pada nasib daripada berusaha sendiri untuk mencapai sesuatu.

9.Suka lari dari masalah daripada berhadapan dengan masalah tersebut.

10.Sekali orang buat silap, selama-lamanya kamu menghukumnya biarpun dia sebenarnya telah berubah.

11.Hidup dalam dunia kamu sendiri dan tidak suka bercampur dengan orang.

12.Iri hati melihat kejayaan orang lain.


haa!!! pe lagi?? ade ciri-ciri anda tak??
sama-samalah kita berubah ye!!
be +ve!! :)



copy paste dari cikmymyemymya :)




ps; rini off terawikh! sebab jadi super mak!! hohoho.. anak buah meragam.. mak die plak g kursus..nanges xhenti2.. tu baru sejam.. klo aku betul2 mak.. cane laa.. sabar kene banyak!! aha..  out! mandi.. baju kene muntah bby.. +_+

jangan laa curang..

haa.. salam peeps!
baru pas blogwalking.. aha..
dok godek link sane.
link sini..
macam jumpe cerita.. :)
haaa...
yang xleh blah nyer..
kebanyakkan blog yang aku godek..
mostly dok tengah sedey jee..
dok layan pasaan..
isk3.. sedeyh plak bace.. hahaah~~>.
xde banyak kau nk cakap..
kalo korang tengah in relationship tu..
hati2..
pastu kalo berjanji sehidup semati..
jgan laa dok cuba nk terai market sane sini..
buat bengkak hati je awek o balak yang setia menanti..
tak ker sakit hati dah laa kene maki..
hailaa...kesian mak nak.. sebab mak paham...

hei youolss~~
yang dah bosan dengan ikatan..
cube laa kratif mencari aktiviti yang menyeronokkan..
jgn asek nk mencari alasan..
jgn musnahkan harapan orang..
sebab mak pun tahu sakitnyer perasaan bila ditinggalkan..


haa..klo dah xready tu jgn plak nk paksa-pasaan..
jangan bagi harapan..
fikir habis-habisan..
bukan kerna paksaan..
bukan kerna kawan2..
tapi.. biar ikhlas dari hati yang perawan..



dah..
jangan curang..
jagalah hati si pasangan..
kalau kau buat dia meroyan..
kau double xkan senang!! aha..
kau double xkan senang ku ulang..
xkan senang!!!
hahaha.. padan!
sebab mainkan perasaan orang..
:)

kalau xnk tu cakap laaa pelan2..
bia dia faham..
tapi make sure ko jgn men belakang..
klo x.. aku terajang...
ko jgn tinggal sebab dah jumpe yang lebih sayang..
ko jgn tinggal sebab dah alasan yang xmemberangsangkan..
tapi.. senanye aku xmenggalakkan..
tinggalkan  die sorang2..
kesian anak orang..
silap2 xnk kawen fobia kecewa dalam percintaan..aha..
so..
beware lah dengan seswatu perhubungan..
agar kita bahagia sehingga usia di hujung petang..
ingat.. jgan terlampau sayang...
sebab kita hanya merancang..
sang Pencipta yang menentukan.. :)



tu je.. off.. :)

Saturday, August 6, 2011

seronoknyer ramadhan!!

bismillahirahmanirahim!
hey peeps!
sedar xsedar.. hari ni da 6 ogos.. its mean dah 6 hari kite berpuasa rite??

haaa...
suke sangat ramadhan kali nie..
sebab boleh ketuk2 pinggan mangkuk bersama my luvly sis..
da lama xmen masak2...
ye laa.. masa dok puchong dulu..
ika yang masakkan..
pastu aku xde mase nk tolong..
malas nyer pasal.. padahal boleyh je.. :P
haa.. pose lepas2 kat utm..
so.. xde gamaknyer cheq nak masak..
beli sudeyh~ :P

ok.. seronok..
even jauh dimata buah hati tercinta..
sebab cakap je nk makan ape..
gerenti bleh.. tapi klo dok klantan for sure lagi seronok cheq rasa..
al-maklum laa.. ade buah hati yang sudi melayan.. aha..
miss u momm+daddy :(




seronok ramadhan..
sebab kat sini semayang terawikh xbosan..
ramai orang...
dekat dengan uma..(padahal klo kt kg dekat gak.. aha..)
yang paling penting aku bersemangat nk g terawikh..
semoga semangat kobar2 ku xdihalang oleh hawa malas2 ku di malam2 akan datang.. ameen..:)
dan yang paling penting.. semoga amal ibadah ku diterima!


seronok ramadhan..
sebab bile berbuka.
nafsu aku xmelonjak2 sangat bile berbuka..
sekadar yang ada..
sederhana  je..
so.. bile perut x full sangat..
solat pun xde laa nk malas kan??



seronok ramadhan..
sebab keje xberat..
pagi2.. just basuh baju.. jemur baju..
kemas2 umah..
basuh pinggan..
cuci lantai..
iron baju.. (bab ni aku xsuke amat.. heheheeh )
bile dah siap.. bleh laa tambah2 ibadat..




seronok nyer ramadhan..
sebab aku xg bazar hari2..
aha.. nice!! aku suke..
bile xg bazar.
xmembazir..
duit leh jimat..
perut xpenat.. kekekee.. :)



semoga...
bile aku seronok..
allah doublekan lg keseronakkan ku dibulan yang mulia nie..
ye laa kan.. bulan nie laa kite nak buat taubat banyak2..
solat hajat banyak2..
ngaji banyak2..
perubahan kan?? :)
semoga amalan2 harian ku akan istiqamah.. amiin..
tu yang ku pinta..
tu yang ku doa.. :)



tapi..
xseronok gak ramadhan..
bile bangun pagi2.. hati xtenang..
bile buat keje..
teringat orang sane..
aaahh!!!
cepat2 istigfar yien!!
kuatkan mental!!
allah kan maha esa!
be taugh!

Friday, August 5, 2011

..Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab..

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat ...sebelah pada kaum wanita.


Keluh...an remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”


Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”


Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”


Keluhan isteri B:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”


Keluhan isteri C:

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”


Keluhan isteri D:

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”


Keluhan remaja perempuan C:

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.


Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”


Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:

“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”


Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”


Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”


Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”


Lelaki beriman bertanya:

“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”


Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;

“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”


Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.


Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.


Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.


Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.


Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Wanita cantik, melukis kekuatan pada masalahnya Dia tersenyum saat tertekan Tertawa di saat hati sedang menangis Memberkati di saat terhina.. Dan mempesona kerana memaafkan Wanita cantik, mengasihi tanpa marah Dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan SubhanAllah.... Hari ini ku bimbangi jika terakhir hidup Adakah lagi subuh esok... Untuk ku bernafas dan sujud mengabdi pada-Mu Berikan daku kesempatan menebus kesalahan Lantaran dosa dan noda krn sengaja melupakanMu Hadirkan damai sebelum di hujung nafasku Rahmat kasihMu Tuhan ampunan-Mu ku damba.." "Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘alad dinika wa ‘ala tho’atika"



ctrl c+ctrl v at https://www.facebook.com/notes/aniza-ariffin/tujuh-perempuan-bertanya-seorang-lelaki-menjawab/10150250082652240 

Wednesday, August 3, 2011

bold what applies to you!

* I am a male.
* I am a girl.
* I am shorter than 5’4.
* I think I’m not pretty.*tapi sweet pe?? bhahaha~
* I have many scars.

* I tan easily.
* I wish my hair was a different color.
* I have friends who have never seen my natural hair color.
* I have a tattoo.
* I am self-conscious about my appearance.
* I’ve had braces.
* I wear glasses. (or contact lenses)
* I would get plastic surgery if it were 100% safe, free of cost, and scar-free.
* I’ve been told I’m attractive by a complete stranger.
* I have more than 2 piercings.
* I have piercing in places besides my ears.
* I have freckles.
* I’ve sworn at my parents.
* I’ve run away from home.
* I’ve been kicked out of the house.
* I have a sibling less than one year old.
* I want to have kids someday.(byk2! )
* I’m in school.
* I’ve lost a child.
* I have a job.
* I’ve fallen asleep at work/school.(selalu kot..:P)
* I almost always do/did my homework.
* I’ve missed a week or more of school.
* I failed more than 1 class last year.
* I’ve stolen something from my job.
* I’ve slipped out an “lol” in a spoken conversation.
* Disney movies still make me cry.
* I’ve peed from laughing.
* I’ve snorted while laughing
* I’ve laughed so hard I’ve cried.
* I’ve glued my hand to something.
* I’ve had my pants rip in public
* I was born with a disease/impairment.
* I’ve broken a bone.
* I’ve gotten stitches/staples.
* I’ve had my tonsils removed.
* I’ve sat in a doctor’s office/emergency room with a friend.
* I’ve had my wisdom teeth removed.
* I had a serious surgery.(serius ke???)
* I’ve had chicken pox.
* I’ve had measles.
* I’ve driven over 200 miles in one day.
* I’ve been on a plane.
* I’ve been to Canada.
* I’ve been to Mexico.
* I’ve been to Niagara Falls.
* I’ve been to Japan.
* I’ve celebrated Mardi Gras in New Orleans.
* I’ve been to London.
* I’ve been to Africa.( tgk wc 2010 hehehe.. :P)
* I’ve gotten lost in my city.
* I’ve seen a shooting star.
* I’ve wished on a shooting star.(saya wish nk kawen dengan xboyfie.. hahaha~ )
* I’ve seen a meteor shower.
* I’ve gone out in public in my pajamas. (gojes rite?? hahaha )
* I’ve pushed all the buttons on an elevator.
* I’ve kicked a guy where it hurts.
* I’ve been to a casino.
* I’ve been skydiving.
* I’ve gone skinny dipping.
* I’ve played spin the bottle.
* I’ve drank a whole gallon of milk in one hour.
* I’ve crashed a car.
* I’ve been skiing.
* I’ve been in a play.
* I’ve met someone in person from Facebook.(ehem! )
* I’ve caught a snowflake on my tongue.
* I’ve seen the Northern lights.
* I’ve sat on a roof top at night.
* I’ve played chicken.
* I’ve played a prank on someone.
* I’ve ridden in a taxi.
* I’ve seen the Rocky Horror Picture Show.
* I’ve eaten sushi.
* I’ve been snowboarding.
* I’m single.
* I’m in a relationship.
* I’m engaged.
* I’m married.
* I’ve gone on a blind date. *tapi saya xblind lg! :P
* I’ve been the dumped more than the dumper.
* I miss someone right now. *sangat*
* I have a fear of abandonment.
* I’ve gotten divorced.
* I’ve had feelings for someone who didn’t have them back.
* I’ve told someone I loved them when I didn’t.
* I’ve told someone I didn’t love them when I did.
* I’ve kept something from a past relationship.

* I’ve had a crush on someone of the same sex
* I’ve had a crush on a teacher.
* I am a cuddler.
* I’ve been kissed in the rain.mase kt paris dulu.. hahah~
* I’ve hugged a stranger.boleh? :P

* I have kissed a stranger.
* I’ve done something I promised someone else I wouldn’t.
* I’ve done something I promised myself I wouldn’t.
* I’ve sneaked out of my house.
* I am keeping a secret from the world.
* I’ve cheated while playing a game.
* I’ve cheated on a test.
* I’ve run a red light.

* I’ve been suspended from school
* I’ve witnessed a crime.
* I’ve been in a fist fight.
* I’ve been arrested.
* I’ve passed out from drinking.
* I have passed out drunk at least once in the past 6 months.
* I’ve smoked.
* I’ve taken painkillers when I didn’t need them.
* I’ve eaten mushrooms. (suke gile!)
* I’ve popped E.
* I’ve inhaled Nitrous.
* I’ve done hard drugs.
* I have cough drops when I’m not sick.
* I can swallow about 5 pills at a time no problem.
* I have been diagnosed with clinical depression.
* I have been diagnosed with one or more anxiety disorder.
* I shut others out when I’m depressed.
* I take anti-depressants.
* I have been anorexic or bulimic.
* I’ve slept an entire day when I didn’t need it.
* I’ve hurt myself on purpose.
* I’ve woken up crying.(owes kot :P)
* I’m afraid of dying.
* I hate funerals.
* I’ve seen someone dying.
* Someone close to me has committed suicide.
* I’ve planned my own suicide.
* I’ve attempted suicide.
* I’ve written a eulogy for myself.
* I own over 5 rap CDs.
* I own an iPod or MP3 player.
* I have an unhealthy obsession with anime/manga.
* I love high heels.
* I hate high heels.
* I own multiple designer purses, costing over $100 a piece.
weh! aku rindu hang!

Tuesday, August 2, 2011

ah lan wasahlan ya ramadhan! :)

salam ramadhan utk semua..
salam kerberkatan hendak-nya!

alhamdulillah..
alhamdulillah..
alhamdulillah..

bersyukur ke hadrat Yang Esa kerana dengan izinNya..
kita semua maseh dapat mengecepi bulan yang mulia...

amiin~ :)


haaa.. dah 22 tahun.. ni kire puasa yang ke 10 aku berpuasa jauh dari mak ayah..
aha.. sedeyh? xlah..
biasa laa tu.. :)..
anak perantauan..
pape pun.. aku bersyukur..
maneh dapat berpuasa walau dimana aku berada..
ye dok?? :P

kalau dulu puase..
time sekul2 dulu..
sebok je nak g bazar..
keje sekula rela xberbuat..
takot pak cik bus tinggalkan..
pastu dalam bus.. buat bising plak..
sebok suh orang sane..
orang sini blanje..
pastu.. bile g bazar..
jalan pegang tangan sesama..(merindui mereka 3 serangkai! )
aahh..
sweet sangat time tu..
rindu!!!

pastu..
dok matrik..
haaa.. pose jauh lagi dari mak ayah..
xpe.. chill..
sebab time matrik dulu..
ade abang pengubat jiwa.. :)
klo ngidam ape2..abg layankan je.. hee..:)
so.. pose kt sane.. g bazar gak..
dengan orang len plak..
makcik fina..
mak uda dila..
akak yatie..
dan xlupa juga adik2..
bby sakinah.. bby mai..atin..haaa.. mereka amat comel..
dan..mereka semua dalam kenangan saya!
thanks sudi mencoretkan contengan memori yang sangat bahagia! :)

thus..
perjuangan belum selesai..
masuk utm plak!
haaa..
mase 1st yer..
 bazar ramai2..
nek bus giteww!! heee..
kecoh je dak2 kelas...
then.. time goes by..
till sekarang..
cuma sekarang...
bertuah..
tahun nie xpuasa kt utm daa..
tapi still dok jb..
kelainan tu ada..
even mak ayah xde disisi..
:)..

papepun..
dimana-mana pun..
ramadhan tetap sama..
tahan lapar dan dahaga..
tahan nafsu yang bergelora..
makan dan tarawikh di masjid yang sama.. :)..
so...
di kesempatan ramadhan ini..
sama-samalah kita mengambil peluang menambahkan amalan-amalan..
memohon keampunan dari Allah..
semoga ramadhan ini bakal menjadi ramadhan yang terbaik sepanjang hidup kita..

bersama-sama kita manfaatkannya~
ahlan wasahlan ya ramadhan! :)