F.R.I.E.N.D.S

Saturday, July 16, 2011

dah nisfu syaaban dah!

hei people!!
happy sabtuday!!
aha~ seda xseda dah nk pose da kite seme yer...
jom~
sini yien nk share sikit.. :)

nisfu syaaban tu ape??
haaa~

ok, nifsu syaaban dari pengetahuan cik yien yang sweet lagi manes serta low fat nie adalah,
hari ke 15 bulan syaaban dimana ade 15 hari lagi untuk kita semua umat islam menempuhi bulan yang paling mulia
iaitu ramadhan al-mubarak..:)
so, nifsu syaaban jatuh pada 17 julai iaitu ahad means esok laa kan??

bile dan ape perlu buat di malam nisfu syaaban??

malam nifsu syaaban means sabtu malam yaknie malam 16 julai bermulanya terbenam matahari yakni waktu magrib...aha.. nope 12 tengah malam ok! :)..

haaa~~ seingat2 lupa yien laa..
mase kecik2 dulu time2 sekul,
cg selalu cakap..
xcikgu pun,, klo time dok umah dulu mak ayah selalu ajak g masjid 

pastu bace yassin 3 kali pas semayang magrib uh..
1st tu baca dengan doa selamatkan dunia akhirat
2nd tu bace dengan doa  dipanjangkan umur
dan yang ketiga bace dengan doa dianugerahkan dengan rezeki yang halal~

haaa~selang bacaan yassin tu selit-selitkan laa dengan doa-doa

tapikan, ada yang kata menyambut nifsu syaaban nie adalah bidaah
haa.. yien pun xtow nk cakap cane.. sebab ilmu didada nie kurang..
tapi..
apa yang pasti
bulan syaaban kan bulan untuk kita membuat persediaan menempuhi bulan ramadhan..
tol x??
so.. banyak2kanlah amalan wahai cik ayien yang sweet!

haa~ keutamaan bulan syaaban~
nie yien petik dari mane thah td.. da lupe.. aha~

Allah swt mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Allah juga banyak mengurniakan  rahmat kepada hambaNya. Rasullah bersabda yang bermaksud: “Allah mengangkat amalan-amalan semua hambaNya pada bulan ini.”                                                                                                             
Orang yang membesarkan bulan ini dengan beribadat, akan terpelihara dari maksiat. Taubatnya diterima juga terselamat dari mara bencana pada tahun berkenaan. Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan Syaaban dan bertakwa kepada Allah swt  serta taat dan juga menahan diri daripada maksiat, Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan menyelamatkannya daripada segala bencana yang berlaku pada tahun itu, juga daripada sakit-sakit.”

Kasih dan ketaatan orang yang beribadat pada tahun itu terhadap Allah akan kekal. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hariraya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Saidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang bermaksud: “Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak  dari puasanya di bulan Syaaban.”

Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud: “ Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”


tu je kot yang yien mampu share~
adioss :)

No comments:

Post a Comment